Kerjaya kelab Bernard Anício Caldeira Duarte

Atlético Mineiro

Bernard memulakan kerjaya bola sepaknya pada tahun 2006, dengan sertai kelab remaja Atlético Mineiro.[3] Pada 2010, beliau dipinjam ke Democrata FC yang bertanding di Campeonato Mineiro.[4]

Selepas menjadi penjaring terbanyak Democrata dengan menjaringkan 14 gol daripada 16 penampilan, Bernard kembali Atlético. Apabila beliau sudah bermain di liga remaja Copa São Paulo de Juniores, beliau dipanggil oleh pengurus Dorival Júnior untuk bermain skuad senior.[5]

Beliau membuat penampilan pertama kelab ketika menentang Uberaba pada 23 Mac 2011, beliau bermain di posisi bek kanan ketika masa kecederaan.[6][7] Beliau kemudian kembali ke skuad remaja dan menjaringkan gol kemenangan dalam Taça Belo Horizonte de Juniores.

Selepas pemecatan Dorival dan kedatangan Cuca, Bernard kembali ke skuad senior. Pada 21 Mei, beliau membuat penampilan pertama di Série A, menentang Atlético Paranaense. Dalam musim pertamanya, Bernard tampil 23 kali untuk Galo (1794 minit keseluruhan). Pada 14 September, presiden Atlético, Alexandre Kalil menolak bidaan sebanyak £3.4 juta dari Al Ahli Doha untuk Bernard.

Beliau menjaringkan gol profesionalnya pada 29 Januari 2012, menentang Boa Esporte.[8] Beliau kemudian menjaringkan dua gol ketika menentang América-MG pada 13 Mei, dalam perlawanan akhir Campeonato Mineiro. Beliau menjaringkan gol pertamanya di Serie A pada 23 Jun, ketika menang besar 5–1 ke atas Náutico.[9] Beliau menghabiskan musim 2012 dengan 36 penampilan dan menjaringkan sebelas gol, membawa kelab itu di tempat kedua liga. Bernard juga memengani Pemain Harapan Terbaik Brasileirão.[10]

Pada Disember, tawaran sebanyak £9.8 juta oleh Spartak Moscow ditolak oleh Alexandre Kalil.[11] Pada 30 Julai 2013, Alexandre Kalil kemudian menerima tawaran £22 juta oleh kelab Ukraine, Shakhtar Donetsk[12]

Shakhtar Donetsk

Pada 8 Ogos 2013, FC Shakhtar Donetsk mengumumkan telah menandatangani Bernard sebanyak €25 juta.[13] Beliau membuat penampilan pertama untuk kelab Ukraine itu pada 31 Ogos, menggantikan Douglas Costa, dengan perlawanan berkesudahan seri 1-1 menentang FC Metalist Kharkiv.[14]

Bernard telah dipilih sebagai 11 pemain terbaik Amerika Selatan 2013 oleh akhbar Sepanyol, El País.[15][16]

Akibat bermulanya Revolusi Ukraine 2014, Bernard mengatakan bahawa beliau mungkin akan meninggalkan Shakhtar jika situasi tidak berubah.[17]

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Bernard Anício Caldeira Duarte http://www.galodigital.com.br/enciclopedia/201111_... http://www.portalsete.com.br/index.php?option=com_... http://www.mg.superesportes.com.br/app/noticias/fu... http://www.superesportes.com.br/app/1,9/2012/01/29... http://esportes.terra.com.br/futebol/estaduais/201... http://esporte.uol.com.br/futebol/campeonatos/bras... http://esporte.uol.com.br/futebol/ultimas-noticias... http://www.bbc.com/sport/0/football/27312691 http://galodeprata13.blogspot.com/2010/12/entrevis... http://www.fifa.com/mm/document/tournament/competi...